Honda Accord baharu (gen. 10) diperkenalkan di Thailand - Lebih RM190K!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Accord generasi kesepuluh mula diperkenal di Amerika Syarikat pada 14 Julai 2017. Kereta penumpang segmen D ini kemudian diperkenal di ASEAN sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Thailand pada 28 November 2018.

Jarak yang jauh daripada pengenalan pertama di AS belum habis nampaknya apabila Accord sekali lagi akan dipertontonkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-40 pada 27 Mac depan.

Acara-acara tontonan ini hanya akan tamat pada bulan Mei depan apabila Accord mula memasuki bilik pameran Honda Thailand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Accord

Sebelum dibawa ke BIMS 40, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. pada 20 Mac 2019 mengesahkan pelancaran Accord dan varian yang bakal ditawarkan.

Menarik tentang Accord baharu ini ialah dua nadi kuasa yang ditawarkan iaitu 1.5L Di VTEC TURBO 190 dan Sport Hybrid i-MMD. Honda Accord sebelum ini ditawarkan dengan enjin 2.0 i-VTEC dan 2.4 i-VTEC.

Selain itu tiada lagi transmisi automatik seperti biasa yang digantikan dengan transmisi CVT.

 

Honda Accord

 

Berikut ialah ciri-ciri Honda Accord generasi kesepuluh pasaran Thailand:

  • Enjin 1.5L Di VTEC TURBO mempunyai kuasa 190 PS dengan tork 243 Nm (Di merujuk kepada Suntikan Terus/ Direct Injection)
  • Enjin 'kecil' ini jimat dengan penggunaan minyak 16.4 km/liter dan lebih baik berbanding enjin 2.0L sebelumnya
  • Turut serasi dengan minyak E85 (Ethanol) di Thailand
  • Model Sport Hybrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD) menggunakan enjin 2.0L DOHC i-VTEC dengan dua motor elektrik
  • Enjin hibrid berkuasa 215 PS ini mempunyai pelbagai mod pemanduan iaitu EV, Hybrid dan Engine
  • Pemanduaan lebih sporti dicapai melalui mod Sport pada butang di konsol tengah
  • Penggunaan minyak hanya 24.4 km/liter
  • Teknologi Honda SENSING yang merangkumi Collision Mitigation Braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control with Low-Speed Follow (ACC with LSF), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System with Lane Departure Warning (RDM with LDW) dan Auto High-Beam (AHB)
  • Teknologi pintar lain ialah Cross Traffic Monitor (CTM) yang memberi amaran kepada pemandu melalui bunyi dan paparan anak panah apabila terdapat kenderaan menghampiri pada bahagian belakang kiri atau kanan
  • Multi-View Camera System (MVCS) pula memberikan pemandangan lebih luas menggunakan empat buah kamera iaitu pada bahagian depan, kanan, kiri dan belakang
  • Honda Smart Parking Assist System memudahkan pemandu apabila mampu mengawal stereng secara automatik untuk parkir sisi atau undur
  • Varian turbo dilengkapi roda aloi 17 inci manakala varian hibrid berukuran 18 inci
  • Bahagian dalaman dilengkapi Head-Up Display  (HUD) , meter pemandu TFT 7 inci, panel instrumen 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan sokongan arahan suara SIRI, pengecas tanpa wayar dan kawalan jauh penghidup enjin 
  • Lima warna pilihan iaitu Platinum White (Pearl), Crystal Black (Pearl), Lunar Silver (Metallic), dan Modern Steel Gray (Metallic)
  • Tiga warna interior iaitu ivory beige, hitam dan coklat (HYBRID TECH)

Berikut pula ialah harga anggaran mengikut varian:

  • HYBRID TECH: tidak lebih 1,800,000 baht (RM 230,539)
  • HYBRID: tidak lebih 1,650,000 baht (RM 211,327)
  • TURBO EL: tidak lebih 1,500,000 baht (RM 192,101)

*1 THB = RM 0.128

Honda Accord

Kepada yang tertanya mengapa harga Honda Accord ini tampak premium berbanding Accord generasi kesembilan pasaran tempatan, jawapannya ialah nilai matawang Thailand yang tinggi dan juga dasar percukaian walaupun untuk pemasangan domestik. 

Model lain seperti Toyota Camry dan Nissan Teana turut berada dalam kategori premium dengan harga permulaan masing-masing daripada RM 210,000 dan RM 169,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Global
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT   Honda menukar kawalan DCT pada julat…