Hino Total Support Contest - medan ujian skill para pengedar Hino

oleh Mohamad Hanif|
Penganjuran Hino Total Support Contest oleh Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd kini sudah memasuki tahun keenam bertempat di ibu pejabatnya di Petaling Jaya.

Acara tahunan ini disertai oleh 130 orang peserta dari 36 buah syarikat pengedar berdaftar di bawah Hino Malaysia. 

 


Hino Total Support Contest (TS Contest) ini bertujuan untuk menguji skil dan kemahiran di kalangan para pengedar, selain meningkatkan kepakaran teknikal serta kemahiran khidmat pelanggan. 

Tiga kategori yang dipertandingkan termasuklah Khidmat Jualan Produk, Servis dan Alat Ganti di mana ketiga-tiga ini merupakan faktor utama yang memainkan peranan penting di dalam memenangi tahap kepercayaan dan keyakinan pelanggan. 
 


Setiap kategori menganugerahkan tiga hadiah berupa Champion, 1st Runner-Up dan 2nd Runner di mana kesemua juara ini akan diberikan peluang menyertai lawatan ke Hino Motors Limited Japan pada tahun hadapan. 

Hino TS Contest merupakan satu platform yang memberikan pengiktirafan kepada para pengedar dalam usaha memberikan sokongan yang berterusan dan melakukan yang terbaik di dalam program melibatkan pelanggan, tidak hanya kepada jualan produk, malah turut merangkumi aspek selepas jualan dan juga alat ganti.
 

Add new comment

Careta Ad