HINO Malaysia lancar Pusat 3S baharu di Balakong

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini secara rasmi melancarkan pusat 3S (Jualan, Servis, Alat Ganti) yang dikendalikan oleh Soon Seng Truck & Parts Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Balakong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Soon Seng Truck & Parts telah melabur sejumlah RM1 juta untuk pusat 3S yang berkeluasan sehingga 20,000 kaki persegi serta kelengkapan yang mampu memenuhi standard HINO.

Fasiliti baharu itu mempunyai sehingga enam ruang servis termasuk dua ruang penyelenggaraan pantas yang mampu menawarkan khidmat servis sepantas 45 minit kepada pelanggan yang membuat temujanji.

Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan seperti ruang rehat yang selesa, sokongan Wi-Fi percuma, hidangan makanan dan minuman, serta perkhidmatan seperti pembaharuan cukai jalan, insurans dan khidmat trak tunda 24 jam.

Bermula sebagai pengedar alat ganti sah HINO sejak tahun 1978, SSTP telah menjalin kerjasama dengan HINO selama lebih 40 tahun.

Semenjak dilantik sebagai Hino Authorized 3S Dealership lebih dari 10 tahun, SSTP telah meraih 30 anugerah termasuklah Excellent Dealer Award 2021 dan Total Support Award 2021.
 

SSTP


Pencapaian ini merupakan bukti komitmen penuh mereka untuk memperkukuhkan lagi kepuasan pelanggan, membolehkan mereka mengekalkan kepercayaan pelanggan di dalam jaringan sedia ada.

Memberikan komen kepada pembukaan pusat 3S baharu ini, Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama berkata, "Kami melantik SSTP Balakong sebagai HINO Authorized 3S untuk menawarkan solusi sehenti di bawah satu bumbung kepada pelanggan kami.

"Kami percaya pusat 3S baharu ini amat sesuai untuk pelanggan yang mahu membuat pertanyaan terhadap model-model HINO yang terkini, kerja badan kenderaan dan mendapatkan perkhidmatan selepas jualan serta sokongan alat ganti tulen," jelasnya lagi.

Pusat 3S HINO ini terletak di alamat No. 7, Jalan Taming Jaya, Taman Taming Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap Isnin-Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan setiap Satu pada jam 8.30 pagi-4.30 petang.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 03-8961 1389 atau faks 03-8964 5799.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…