Hilang kawalan - Dua kapal dagang berlanggar di perairan Batu Pahat

oleh Penyumbang Rencana|
Dua buah kapal dagang, MV GSL Grania yang membawa kontena dan MV Zephyr I, yang membawa muatan campuran Bitumen, berlanggar di perairan Batu Pahat, awal pagi tadi (Selasa).


Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata pihaknya menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat dari Jabatan Laut Wilayah Selatan mengenai kejadian itu pada pukul 4.30 pagi Selasa.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata kejadian pada pukul 4.18 pagi itu berlaku di kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat.

 


"Sebaik maklumat diterima, bot Benteng 05 telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan misi bantuan. 

 


Kapal MV GSL Grania berdaftar di Liberia dan dalam perjalanan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) manakala kapal MV Zephyr I yang berdaftar di Panama, dipercayai dalam perjalanan ke negara China.

 


"Maklumat awal kemalangan yang diterima daripada nakhoda kapal MV GSL Grania menyatakan bahawa pelanggaran ini adalah disebabkan oleh kapal MV Zephyr I yang hilang kawalan lalu merempuh di bahagian sisi kanan kapal berkenaan sehingga mengakibatkan kerosakan," kata beliau dalam kenyataan malam ini.

 

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan dialami oleh kesemua 45 kru kedua-dua kapal berkenaan selain tiada tumpahan minyak dikesan akibat pelanggaran.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha pada Oktober tahun lalu turut mengarahkan kajian…