Hertz beli 100,000 unit Tesla Model 3 tanpa diskaun - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Elon Musk mengesahkan pembelian 100,000 unit kenderaan elektrik Tesla Model 3 yang dibuat oleh syarikat sewa kenderaan Hertz baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, CEO Tesla itu menjelaskan menerusi akaun Twitternya bahawa kesemua unit Tesla Model 3 yang dibeli itu dijual pada harga tanpa diskaun, bermakna ia adalah harga yang sama seperti yang ditawarkan kepada pembeli biasa.

 


Syarikat Hertz Global Holdings Inc baru-baru ini telah menempah 100,000 unit Tesla dalam usaha untuk menawarkan armada kereta sewa berkuasa elektrik biarpun baharu sahaja berdepan dengan risiko bankrap akibat pandemik.

Kesemua 100,000 unit Tesla Model 3 yang dibeli itu dianggarkan bernilai US$4.4 bilion (RM18.25 bilion).

Menurut Hertz, mereka kini merupakan syarikat dengan armada EV terbesar di Amerika Syarikat, di mana pelanggan mereka akan mempunyai akses penuh kepada stesen pengecasan Supercharger di seluruh Amerika dan juga Eropah.

Hertz akan mula menerima Tesla Model 3 secara beransur-ansur dalam tempoh 14 bulan, di mana kumpulan pertama EV itu boleh ditempah oleh pelanggan pada bulan November ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Menurut firma tersebut, pada sasaran awalnya adalah untuk menjadikan 25 peratus daripada firma…
Berita Global
Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi,…