Menggunakan asas daripada Ford F-150 Raptor R, trak super ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,013 hp dan daya kilas 1,152 Nm, atau peningkatan sebanyak 40 peratus berbanding output standard 700 hp/866 Nm.
Rahsianya?
Hennessey menggunakan unit supercharger 3.8 liter menggantikan komponen pengecas lampau asal Eaton TVS R2650, diikuti pemancit bahan api yang lebih besar, salur bahan api yang dinaiktaraf serta tali sawat baharu.
Setiap VelociRaptoR 1000 ini didatangkan dengan rim Hennessey bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar bersaiz 37 inci, bar lampu LED depan yang unik, bampar VelociRaptor, serta plak nombor bersiri.
Bahagian luaran trak ini dihiasi dengan rekaan grafik yang mampu memberikan amaran keras kepada trak-trak di luar sana.
Hennessey hanya akan memulakan produksi VelociRaptoR 1000 ini pada tahun 2023, dan pelanggan boleh mendapatkan unit masing-masing menerusi Hennessey secara terus, atau melalui pengedar Ford yang mengambil bahagian.
Tiada sebarang tanda harga diumumkan buat masa ini. Yang pasti, dengan peningkatan kuasa kuda dan rupa paras yang lebih agresif, kosnya tidak semurah yang disangka.