Hennessey VelociRaptor 400 Bronco, 411 bhp dan tork 817 Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey VelociRaptor 400 Bronco
Hennessey VelociRaptor 400 Bronco
Hennessey kembali lagi dan kali ini memperkenalkan VelociRaptor 400 Bronco dengan kuasa 411 bhp dan tork 817.5 Nm!

Apa yang Hennessey buat? Enjin asal Bronco Badlands 2.7L V6 turbo berkembar mempunyai kuasa 300 hp dan tork 440.6 Nm.

Untuk mengesktrak lebih kuasa, Hennessey menggunakan intake aliran tinggi, ekzos tahan karat baharu, intercooler depan lebih besar dan talaan semula enjin.
Hennessey VelociRaptor 400 Bronco_002

 

Dari segi prestasi, VelociRaptor 400 Bronco mampu memecut dari 0 km/j hingga 97 km/j dalam masa 4.9 saat sahaja.

Dengan ubah suai tersebut, mod pemanduan dan sistem off-road asal Bronco masih kekal dan boleh digunakan.

Pada bahagian luar, pembeli ditawarkan grafik berkembar pada bonet hingga ke atas bumbung dan logo VelociRaptor serta Hennessey. Di tepi pintu pula ada grafik bentuk D dan angka 1. 

Bampar asal Bronco diganti dengan bampar depan dan belakang VelociRaptor dan untuk panjat ke dalam kabin disediakan pemijak sisi jenis boleh simpan.

 

Hennessey VelociRaptor 400 Bronco

 

Turut ditawarkan ialah  tayar off-road saiz 35 inci dengan roda 18 inci Hennessey.

Satu perkara menarik tentang Hennessey ialah mereka yakin dengan produknya sendiri selain dibuat ujian dyno dan diuji di litar serta sah digunakan di jalan raya.

VelociRaptor 400 Bronco diberi jaminan tiga tahun jaminan atau jarak pemanduan 36,000 batu (57,936 km).

Bukan setakat itu, pelanggan boleh memesan Bronco terus dari Hennessey dan untuk model ubah suai ini hanya 200 unit sahaja akan dibuat pada tahun 2022.

 

Hennessey VelociRaptor 400 Bronco

 

Hennessey beroperasi di Sealy, Texas dan sudah beroperasi sejak tahun 1991 dan lebih daripada 12,000 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan.

Selain mengubahsuai kereta sedia ada, Hennessey turut mempunyai model sendiri iaitu kereta hiper Venom GT dan Venom F5.

Hennessey Venom F5 bernadikan enjin 6.6 liter V8 dengan kuasa 1,817 hp!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey VelociRaptor 400 Bronco_002