Heel Tread - koleksi stokin bertemakan ikon automotif sedunia

oleh Mohamad Hanif|
Memiliki salah sebuah daripada kenderaan ikonik sudah menjadikan anda sebagai seorang pemilik yang sangat cool di atas dunia, namun mahukah anda melengkapkan koleksi penggayaan anda dengan stokin yang bertemakan ikon automotif?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekiranya jawapan anda 'ya', maka koleksi stokin kapas daripada Heel Tread ini sesuai untuk anda. 

Heel Tread merupakan sebuah syarikat yang berkepakaran khusus dalam menjahit stokin kaki, namun mereka mengambil pendekatan yang berbeza dengan memasukkan beberapa elemen daripada ikon automotif. 
 


Lihat sahaja stokin yang dihasilkan dengan warna rekaan dalaman daripada sebuah VW Golf GTi yang ikonik itu, ataupun BMW M3 E30 malah Martini Racing Porsche 911 juga turut disenaraikan!

Heel Tread tidak kedekut dalam menawarkan rekaan stokin kepada para peminat automotif sedunia kerana terdapat pelbagai rekaan yang diinspirasikan daripada sukan ralli, American muscle, sehinggalah kepada sedan daripada Jerman. 
 


Ia dijual pada harga $12 (RM50) sepasang untuk stokin jenis high-cut manakala $10 (RM41) untuk low-cut, dan kos pengeposan adalah percuma sekiranya anda menempah lebih daripada tiga pasang stokin kegemaran. 

Buat para isteri di luar sana, ini mungkin satu hadiah yang amat bermakna buat suami anda yang gilakan kereta. 

Heel Tread boleh diakses menerusi laman web di bawah:
https://heeltread.com/?aff=8

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan luaran Renault 5 ini banyak diinspirasikan daripada model asal Renault 5 tahun 1970-an,…
Model Terbaharu
Mercedes-Benz baharu sahaja menyingkap tirai dan mempersembahkan varian terbaharu model ikonik…
Gaya Hidup
Sebut Ahmad Fadzli Musa, mungkin tidak ramai yang kenal tetapi bila Pa'din Musa disebut, pasti…