Hayden Haikal wakili pasukan Pipekids Racing dalam perlumbaan Siri Super Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelumba muda negara, Hayden Haikal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan menyertai perlumbaan Siri Super Thailand dalam kategori Super Eco Thailand mewakili pasukan asing, iaitu Pipekids Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bakat Haikal semestinya menyerlah apabila pasukan asal Thailand itu memilihnya untuk memandu jentera Honda Brio Amaze bagi menyaingi pesaing lain dalam perlumbaan tersebut.

 

2

 

Serentak pada 1 Syawal, Haikal berlumba sebanyak 12 pusingan mengelilingi Litar Antarabangsa Chang diikuti satu lagi perlumbaan juga sebanyak 12 pusingan pada hari berikutnya.

Dalam sesi kelayakan, Haikal berjaya mencatatkan masa keempat terpantas, serta melengkapkan perlumbaan pertama bersama pasukan itu di tempat kelima dan keenam pada dua perlumbaan tersebut.

 

3

 

Pada tahun 2022, Haikal telah memperoleh tempat kedua keseluruhan dalam perlumbaan antarabangsa pertamanya iaitu Thailand Super Eco Saloon Car Series.

Menurut Haikal, dia mengalami kesukaran untuk bersaing dengan pasukan lain yang menggunakan jentera Suzuki Swift, yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan.

 

4

 

Siri Super Thailand akan diadakan selama enam pusingan, dimana Pusingan 2 (25-28 Mei) di Litar Antarabangsa Chang, Pusingan 3 (27 Jun-2 Julai) di Litar Jalan Bangsaen, Pusingan 4 (25-27 Ogos) di Litar Antarabangsa Chang, Pusingan 5 (15-17 September) di Grand Prix F1 Singapura dan pusingan akhir (14-17 Disember) di Litar Antarabangsa Chang

Sebelum ini juga, Haikal telah bersaing dalam perlumbaan pembukaan Idemitsu Super Turbo Championship yang turut diadakan di Thailand, dimana Haikal berjaya 2 kemenangan berturut-turut.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…