Hayden Haikal peroleh tempat kedua keseluruhan, masalah jentera halang peroleh kejuaraan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada kejuaran antarabangsa Thailand Super Eco, negara kita telah diwakili oleh seorang pelumba muda, Hayden Haikal yang baru berusia 18 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Thailand Super Eco merupakan perlumbaan antarabangsa pertama untuk Hayden, bukan hanya melengkapkan grid semata-mata, beliau berjaya meraih keputusan terbaik dengan dua kemenangan dan menduduki tempat ketiga sebanyak tiga kali.

 

brio

 

Namun, impian untuk meraih gelaran juara pertamanya itu terhalang apabila jentera Honda Brio yang digunakannya mengalami masalah teknikal pada enjin dan transmisi.

Hayden Haikal berkata, "Tempat kedua ialah pencapaian terbaik dalam perlumbaan antarabangsa pertama saya dan itu adalah pencapaian yang boleh dibanggakan. Saya tidak menjangka untuk mampu berdaya saing dalam kejuaraan antarabangsa yang pertama."

 

brio

 

Walaupun pertama kali sertai perlumbaan antarabangsa, pelumba muda itu berjaya memberi saingan kepada pelumba tempatan Thailand, Na Dol untuk merebut gelaran juara dalam perlumbaan tersebut.

Dua perlumbaan terakhir Thailand Super Eco telah diadakan di litar jalan raya khas Bangsaen dan juga di Litar Antarabangsa Buriram Chang pada 10 dan 11 Disember yang lepas.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…