Hasil jualan merosot, Lucid Motors tawarkan diskaun kepada pembeli dan pekerja

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Lucid Motors merupakan salah satu syarikat US yang menghasilkan EV, baru-baru ini menurut laporan dari Barron's, pada bulan September saham syarikat itu jatuh sebanyak 37 % akibat pesanan untuk EV nya menyusut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lucid telah menawarkan beberapa insentif untuk pembeli baru yang telah membuat tempahan kereta elektrik mereka.

 

2

 

Selain itu, laporan dari Business Insider mengatakan Lucid telah menawarkan pekerjanya diskaun sehingga USD18,000 (RM79,506) jika mereka membelinya sebelum akhir tahun ini.

Satu lagi diskaun ialah syarikat itu turut menawarkan 14 unit Lucid Air pada laman web mereka dengan kadar pinjaman 2.81 %, jauh lebih rendah berbanding kadar pinjaman biasa.

 

lucid

 

Sementara itu, EV terpakai Lucid dikatakan mengalami susut nilai sehingga 92 % dari harga asal, jumlah itu menunjukkan EV mereka mengalami nilai jualan yang teruk.

 

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan ini, Lucid Air secara rasmi berjaya mengalahkan jarak pemanduan yang ditawarkan oleh Tesla…
Berita Global
Difahamkan, negara tersebut telah pun melantik penasihat termasuklah Boston Consulting Group untuk…