Lucid Air Dream Edition mampu capai jarak gerak 832 km, kalah Tesla Model S!

oleh Mohamad Hanif|
Lucid Motors mengumumkan angka rasmi EPA untuk jarak gerak sedan elektrik Air yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana ia mampu dipandu sejauh 832 km untuk sekali cas penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan ini, Lucid Air secara rasmi berjaya mengalahkan jarak pemanduan yang ditawarkan oleh Tesla Model S Long Range 2021 yang memiliki jarak gerak sejauh 652 km.

Malah, varian khusus Dream Edition turut berjaya mencapai penarafan rasmi dari EPA dengan jarak gerak sejauh 837 km.

Model dengan jarak gerak 832 km yang dimaksudkan itu adalah Lucid Air Dream Edition Range yang menampilkan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan kuasa 933 hp, dan boleh didapati dalam tetapan rim bersaiz 19 inci.
 

cc


Jika pembeli memilih rim 21 inci, jarak pergerakan yang dianggarkan oleh EPA hanyalah sejauh 774 km, satu angka yang cukup impresif meskipun kurang daripada model yang dilengkapi rim bersaiz 19 inci.

Sementara varian Dream Edition Performance pula memiliki kuasa setinggi 1,111 hp yang mampu menawarkan jarak gerak sehingga 758 km (data EPA).

Model Grand Touring pula didatangkan dengan angka output setinggi 800 hp dengan jarak gerak sejauh 830 km (rim bersaiz 19 inci), atau 755 km sekiranya pembeli memilih rim bersaiz 21 inci.

Sayang sekali, Lucid Air bukanlah disasarkan untuk golongan kebanyakan, memandangkan harga jualan bermula dari $139,000 (RM580,256) sehingga $169,000 (RM705,491).
 

cc


Namun, Lucid Motors turut menawarkan model Air dengan harga yang jauh lebih munasabah untuk jarak gerak sejauh 654 km, iaitu model asas berharga $77,400 (RM322,952) serta Air Touring berharga $95,000 (RM396,388).

Sebagai perbandingan, Tesla Model S Long Range dengan jarak gerak 652 km dijual pada harga bermula dari $89,990 (RM375,663).

Dengan jarak gerak melebihi 832 km, anda sebenarnya sudah tidak perlu risau untuk membuat perjalanan jauh pada masa akan datang, seperti contoh melawat kampung isteri kedua di Bukit Kayu Hitam dari Johor Bahru.