Harga Renault Zoe terpakai meningkat, bukan menurun! - CarGurus UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jarang benar untuk menemui pengguna yang tidak kisah tentang nilai jualan semula kenderaan (RV) mereka. Disebabkan itu model kereta dengan RV tinggi lebih diyakini dan senang dijual sama ada unit baharu atau terpakai.

Di United Kingdom, sebuah laman web berkenaan jual beli kenderaan iaitu CarGurus telah membuat satu kajian dengan dapatan yang begitu menarik sekali.

Hasil kajian mendapati nilai Renault Zoe menyonsang arus apabila RV unit terpakai meningkat berbanding menurun seperti kebanyakan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BMW i3

 

Bagaimana hasil itu dirumuskan? Setiap hari CarGurus menganalisa jutaan poin data daripada ratusan ribu kenderaan terpakai di UK bagi mengira Instant Market Value (IMV) setiap kereta atau harga jualan runcit munasabah.

Menggunakan data tersebut, CarGurus menyemak harga empat buah EV dengan carian tertinggi di CarGurus.co.uk iaitu BMW i3, Nissan Leaf, Renault Zoe dan Tesla Model S sejak Januari 2017.

Hasil yang didapati menunjukkan harga model tersebut sama ada meningkat atau kekal dalam tempoh beberapa bulan. Ini berbeza dengan kereta bernadikan enjin petrol atau diesel yang telah disenaraikan. 

Berikut ialah dapatan dari analisa CarGurus:

  • Renault Zoe elektrik mencatatkan prestasi yang baik. Di antara Januari 2017 dan November 2019, purata harga yang disenaraikan untuk unit terpakai (model 2015) menunjukkan peningkatan sehingga 18 peratus iaitu dari GBP£6,425 hingga GBP£7,612.
  • Harga (IMV) Renault Zoe pada Januari 2017 ialah GBP£6,425, GBP£6,683 pada Januari 2019 dan GBP£,7612 pada November 2017.
  • Sebagai perbandingan, harga purata Ford Fiesta (petrol dan diesel) sama usia menurun sebanyak 22 peratus dalam tempoh sama iaitu GBP£9,165 kepada GBP£7,160
  • Sebuah lagi model yang mencatatkan keputusan baik ialah BMW i3. Harga unit terpakai tahun 2014 meningkat satu peratus sejak awal tahun ini.
  • Sebagai perbandingan, MINI (petrol dan diesel) yang merupakan kereta kecil premium paling banyak dicari turun sebanyak 14 peratus dalam tempoh sama.
  • Nissan LEAF merupakan EV paling laris di UK. Model LEAF terdahulu mencatatkan keputusan lebih baik berbanding model pengganti. Harga purata model 2015 pada November 2019 ialah GBP£10,438, menurun sebanyak sembilan peratus berbanding Januari 2017.
  • Sebagai perbandingan, harga purata VW Golf (petrol dan diesel) yang merupakan kereta keluarga dengan carian tertinggi di CarGurus mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus dalam tempoh sama.

 

Renault Zoe

 

Selain dapatan menarik mengenai EV, data dari Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT) menunjukkan jualan kereta elektrik dari awal tahun meningkat sebanyak 125 peratus berbanding 2018.

Adakah ini menunjukkan pengguna semakin percayakan EV? Kami rasa ya, dan ia sesuatu yang bagus.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, Citroen C1 dan Nissan Micra dengan brek tangan manual juga tidak lagi ditawarkan di…
Berita Global
  Kajian CarGurus di UK mendapati sejumlah pengeluar seperti Alfa Romeo, DS, Honda, Jaguar, Land…