87 peratus kereta baharu di UK tanpa brek tangan manual, menurun sejak bertahun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Brek Parkir Elektronik
Brek Parkir Elektronik
Hampir sembilan daripada sepuluh atau 87 peratus kereta yang ditawarkan di United Kingdom (UK) pada hari ini tidak dilengkapi brek tangan manual menurut laporan Manual Handbrake Report oleh CarGurus.

Pada 2020 Careta pernah melaporkan tentang perkara yang sama dan nampaknya trend tersebut semakin menurun dari tahun ke tahun.

Menurut laporan CarGurus, trend tersebut menyaksikan penurunan daripada 37 peratus pada 2018 kepada 30 peratus pada 2019 dan 20 peratus pada 2020.

Dua tahun kebelakangan ini pula dari 17 peratus pada 2021 dan 13 peratus pada 2022.

Pengeluar seperti BMW dan Peugeot langsung tidak menawarkan brek tangan manual pada tahun lalu.

BMW X1, M230i xDrive Coupe dan M4 Convertible dilengkapi dengan brek parkir elektronik dan jualan satu-satunya model Peugeot dengan brek tangan manual sudah dihentikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Peugeot 208

 

Selain itu, Citroen C1 dan Nissan Micra dengan brek tangan manual juga tidak lagi ditawarkan di UK.

Walaupun masih ada pengeluar yang menawarkan brek tangan manual, jumlahnya sangat sedikit sebagai contoh Audi hanya satu peratus daripada model keseluruhan mereka.

Vauxhall pula telah menggugurkan lebih 40 peratus model dengan brek tangan manual.

Di sebalik penawaran yang semakin berkurang, Abarth satu-satunya pengeluar yang setia dengan kesemua model ditawarkan brek tangan manual.

Di antara faktor lebih banyak kereta ditawarkan dengan brek parkir elektronik ialah disebabkan teknologi Bantuan Mula Mendaki dan penjimatan ruang pada konsol tengah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kajian CarGurus di UK mendapati sejumlah pengeluar seperti Alfa Romeo, DS, Honda, Jaguar, Land…
Berita Global
  Bagaimana hasil itu dirumuskan? Setiap hari CarGurus menganalisa jutaan poin data daripada…