Harga jualan model CKD kekal - UMW Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman terbaharu, UMW Toyota ingin memaklumkan kepada para pelanggannya bahawa tiada sebarang kenaikan harga akan dikenakan ke atas model Toyota pemasangan tempatan (CKD) pada waktu ini.

UMW Toyota ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan awal tahun lalu di mana sebarang kenaikan harga disebabkan ketelusan laporan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) akan diserap atau dikecualikan oleh Kementerian Kewangan untuk tahun 2020. 

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota berkata, sebarang faktor yang berkaitan seperti kadar pertukaran dan semakan cukai mampu memberikan kesan kepada harga, namun UMW Toyota akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kestabilan harga yang dinikmati oleh pelanggan ketika ini. 

UMW Toyota memasang beberapa buah model secara CKD seperti Toyota Yaris, Toyota Vios, Toyota Rush, Toyota Hilux, Toyota Fortuner, Toyota Innova dan Toyota Hiace.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu sesi dialog bersama pengamal media, Roslan Roskan selaku CEO MODENAS mengesahkan…
Berita Domestik
Walaupun tidak jelas bagaimana kadar baharu ini bakal memberikan kesan kepada duti keseluruhan,…
Berita Domestik
Generasi kedua BMW X4 sudah pun selamat dilancarkan semalam dan untuk pasaran Malaysia, BMW hanya…