Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta, dengan mengambil alih 30% pegangan dalam Intro Synergy Sdn Bhd (“ISSB”), anak syarikat milik penuh Go Auto melalui pertukaran saham.
Tambahan itu juga, usaha sama dengan Go Auto adalah menubuhkan hab pembuatan dan pemasangan untuk kenderaan tenaga baharu melalui syarikat baharu bernama NexV Manufacturing Sdn Bhd (“NMSB”) dengan pegangan 51% dan baki 49% oleh Go Auto.
Hasil dari kerjasama itu, NMSB akan mempunyai kapasiti pemasangan sebanyak 30,000 unit setahun dalam fasa pertamanya. Neta akan mengambil 10,000 unit manakala bakinya akan dibuka kepada pihak lain yang berminat.
NexV Synergy Sdn Bhd (“NSSB”) sebaliknya akan menjalankan perniagaan EV yang berkenaan dengan EV yang dikeluarkan di bawah jenama “NETA”, di mana NSSB akan mempunyai hak pengedar tunggal dan eksklusif kepada NETA EV untuk seluruh wilayah Negeri Sembilan.
Selain itu juga, NSSB merancang untuk mengembangkan pengedar EV untuk memasukkan jenama lain bagi kenderaan penumpang dan komersial serta mengurus dan mengendalikan Careplus Mall.
Careplus Group telah menerima surat keputusan daripada MITI pada 24 Oktober 2023 yang lalu untuk meluluskan Lesen Pengilangan dengan syarat standard untuk mematuhi Jabatan alam sekitar dan pihak berkuasa tempatan.
Careplus merancang untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) menjelang akhir 2024. Keperluan belanjawan projek itu dianggarkan menelan kos kira-kira RM 230 juta, dan dijangka berkisar antara RM 60 juta hingga RM 70 juta untuk dibiayai secara dalaman, dan selebihnya melalui pinjaman bank.
Penulis: Firdaus Razani