MAM harap litar drag akan dibina di Kedah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM) menyokong penuh pengumuman kerajaan dalam Bajet 2023 yang menyediakan RM20 juta bagi membina sebuah litar drag di negara ini, bagaimanapun badan induk itu berharap Kedah dijadikan sebagai lokasi pembinaan trek berkenaan.


Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, sebelum ini, memang sudah ada bajet untuk pembinaan litar di Sungai Petani, Kedah dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dilantik sebagai perunding, tetapi projek itu masih tidak dapat dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mokhzani berkata, “saya haraplah janji itu dapat ditunaikan supaya kita ada satu trek di sebelah utara. Tetapi KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MAM dah ada perbicangan untuk buat litar drag pula dan sekarang dah dapat bajet,” katanya ketika ditemu bual.

 

Bagaimanapun, sewaktu peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, baru-baru ini, kerajaan tidak pula menamakan mana-mana lokasi tertentu bagi membina litar drag tersebut.

 

Justeru, Mokhzani berharap, Kedah akan menjadi pilihan bagi menjayakan projek tersebut.

 

Merujuk kepada insiden yang berlaku di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak bulan lalu beliau berkata bahawa pertandingan seperti yang dianjurkan di Terengganu memerlukan pemantauan dan penyelarasan yang lebih mantap supaya peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh FIA dan FIM dipatuhi tanpa kompromi.

 

“Bukan nak kata merujuk kepada MAM akan menjadikan acara itu lebih mahal, tidak…kerana kita hendak pastikan keselamatan diutamakan,” tegasnya.

 

 

- dah bertahun dengar nak bina litar baru di Sungai Petani, tapi setakat dengar saja, tiada perkembangan terbaru, langsung sepi...-

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada…
Berita Domestik
Beliau yang kesal dengan keputusan tersebut berkata, litar drag juga mampu menjadi platform terbaik…