Halang laluan kecemasan: Suspek warga asing ditahan di Genting Highland

oleh Penyumbang Rencana|
Lelaki warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, Sabtu lalu, direman empat hari bermula Isnin.

Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia 40-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Genting Highlands pada 3.30 pagi tadi.

Katanya, turut dirampas sebuah kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian.

Sabtu lalu, suspek yang memandu Mitsubishi Lancer dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu memukul pengguna jalan raya menggunakan tongkat.

Dalam kejadian 1.58 petang, suspek bertindak memukul seorang lelaki tempatan kerana tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang menggunakan laluan kecemasan.

Difahamkan, ketika kejadian, keadaan lebuh raya sesak teruk memandangkan cuti Tahun Baharu Cina dengan suspek memandu kereta Mitsubishi Lancer dikesan menggunakan laluan kecemasan.

Mangsa bersama ahli keluarga menaiki Toyota Innova kemudian bertindak menghalang kenderaan suspek, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
"Kejadian yang tular itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lepas. Pihak terlibat iaitu…
Berita Domestik
Laporan FMT hari ini memetik kata-kata Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof yang mengarahkan…