Cebisan hadapan pesawat itu yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 dengan mengakibatkan semua 298 penumpang dan krunya terbunuh, dicantumkan di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda.
Perbicaraan tiga rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine kerana menembak jatuh pesawat jenis Boeing 777 itu bermula pada 2020 tetapi perkembangannya perlahan disebabkan perbalahan undang-undang. Kesemua suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
“Kami sedar bahawa lawatan untuk menyaksikan MH17 yang dibina semula ini sebagai sebahagian daripada proses perbicaraan jenayah akan memberikan kesan emosi kepada waris mangsa,” kata seorang hakim berkenaan, Hendrik Steenhuis.
Panel hakim tersebut memeriksa bahagian luaran pesawat yang masih memiliki cat putih, merah dan biru sebelum menaiki tangga untuk melihat kerosakan pada bahagian dalam pesawat.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia ditembak di rantau timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.
Siasatan antarabangsa merumuskan bahawa sebuah peluru berpandu BUK berasal daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53 yang berpangkalan di bandar Kurks sebagai bertanggungjawab.
Bangkai pesawat itu dicantum semula selepas diangkut dari timur Ukraine menggunakan kereta api dan pesawat ke pangkalan udara di Belanda.
Sumber: Kosmo