Hafizh Syahrin sertai S1K hujung bulan ini!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dengan menyaksikan penyertaan bakat tempatan Hafizh Syahrin dalam perlumbaan Sepang 1000 km (S1K) Endurance Race.
Modenas

Hafizh Syahrin akan bertanding mewakili pasukan HI-REV SIC Dream Chaser menggunakan jentera Toyota Vios bernombor 910 bersama-sama pelumba muda Alister Yoong yang merupakan anak kepada pelumba F1 Malaysia, Alex Yoong. 

Selain daripada itu, ini merupakan kali pertama Hafizh Syahrin selaku pelumba MotoGP menceburkan diri dalam perlumbaan jentera empat roda menerusi FIA World Touring Car Cup (WTRC) yang akan berlangsung pada 22-24 November ini. 
 


Perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race bakal menjadi medan persiapan buat Hafizh Syahrin sebelum menceburi perlumbaan berikutnya di FIA World Touring Car Cup (WTCR) yang akan turut berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 13-15 Disember kelak. 

Sementara itu, pemandu pasukan HI-REV SIC Dream Chaser, Adam Khalid akan mengemudi Suzuki Swift di dalam kelas MTC bersama-sama dua adik beradik iaitu Gilbert Ang dan Freddie Ang. 

Ady Rahimy yang merupakan juara keseluruhan Malaysia Championship Series 2019 akan digandingkan dengan bakat muda Hayden Haikal di dalam Suzuki Swift ZC32s menerusi kelas SP2, manakala Angeline Lee dan Siti Shahkirah akan membentuk pasukan wanita berentap di dalam kategori Toyota Vios One Make Race. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia adalah pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukan NTS RW Racing GP selepas meraih satu mata…
MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
MotorGP
  "Kami dengan bangga dan gembira ingin memaklumkan kerjasama bersama Hafizh yang akan mengibarkan…