GWM tutup HQ di Eropah, pecat ratusan pekerja

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kereta dari China, Great Wall Motor (GWM) dilaporkan akan menghentikan operasinya secara drastik di Eropah, kerana jualan di sana kekal lemah.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut dari media di Jerman, GWM merancang untuk menutup ibu pejabat Eropahnya di Munich pada penghujung Ogos dan memecat semua ratusan pekerja.

Pengeluar kereta China itu akan menghentikan pengembangannya ke pasaran Eropah yang lain, tetapi tidak merancang untuk keluar dari Eropah, menurut laporan itu.

GWM telah memaklumkan kepada pekerja dan rakan niaganya mengenai langkah itu dan ketua pegawai komersialnya di ibu pejabat Eropahnya, Steffen Cost, serta pasukan eksekutifnya.

Laporan itu menyatakan bahawa penutupan ibu pejabat Munich tidak bermakna GWM merancang untuk keluar dari Eropah, tetapi operasi Eropahnya akan diuruskan dari ibu pejabatnya di China.

Tambahan ia akan terus menyediakan perkhidmatan dalam pasaran sedia ada ketika ini.

Penjelajahan yang dirancang sebelum ini ke dalam pasaran Eropah baharu tidak lagi dalam agenda, sekurang-kurangnya untuk seketika, menurut laporan itu.

GWM melancarkan rancangan awal pada 2021 untuk menjual kenderaan elektrik (EV) di Eropah, dan pada 2022 ia menjalin kerjasama dengan Emil Frey, kumpulan pengedar kereta terbesar di Eropah, untuk membantu mengedarkan kenderaan berjenama Ora dan Weynya.

Walaubagaimanapun, GWM gagal mencapai sasaran jualannya di Eropah, dengan syarikat itu hanya melaporkan 6,300 pendaftaran tempatan baharu pada 2023, menurut laporan itu.

Pembuat kereta China itu menjual 1,230,530 kenderaan pada 2023, meningkat 15.27 peratus tahun ke tahun, menurut data yang dikumpulkan oleh CnEVPost.

Ia menjual 316,018 kenderaan di luar negara pada 2023, meningkat 82.48 peratus tahun ke tahun, menyumbang 25.68 peratus daripada semua jualan kenderaan.

GWM kini menangguhkan matlamatnya untuk mencapai 1 juta jualan tahunan di luar negara sebulan yang lalu, memandangkan keadaan pasaran global menjadi lebih mencabar.

 

Laporan lanjut di CNEV Post

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Pandu uji bersama Haval H6 HEV kali ini membawakan perjalanan sejauh 400 km sehala atau 800 km dua…
Model Terbaharu
Cannon baharu itu juga menggunakan transisi 9-kelajuan automatik yang dihasilkan sendiri oleh GWM…
Berita Domestik
Varian Performance menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi yang luar…