GWM Tank 300 - Mahal? 

oleh HEZERI SAMSURI|
GWM Malaysia telah mengumumkan bahawa model SUV premium mereka, Tank 300 sudah pun boleh ditempah.

Walaupun harga rasmi belum lagi diterbitkan, namun anggaran yang diberikan ialah sekitar RM250,000, tinggi untuk sebuah model berenjin dari jenama China.

Menggunakan kerangka "ladder-frame" seperti sebuah SUV sejati atau trak pikap, Tank 300 juga hadir dengan "lower-transfer case", melengkapkan resipi untuk menjadi sebuah SUV sejati yang boleh di bawa "off-roading".

Tank 300 dibekalkan dengan enjin petrol 2.0L turbo dan transmisi 8-kelajuan automatik dari ZF, memberikan tenaga sebanyak 220 PS dan 380 Nm.

 

 

Menurut GWM, Tank 300 mampu:

- Ramp angle 23.1-darjah 
- mendaki cerun dengan gradien 70 peratus
- tahap meredah air sedalam 700 mm
- kerangka yang tahan liuk setinggi 1,500 MPa
- Transmisi lower-transfer case untuk mod 2H, 4H dan 4L
- 9 mod pemanduan menurut bentuk muka bumi

 

 

Dari segi kelengkapan elektronik, ia lengkap dengan:

- sistem audio Infiniti dengan sembilan pembesar suara
- Sistem ADAS Tahap 2, antaranya fungsi ‘Lane Departure Warning’ (LDW), ‘Adaptive Cruise Control’ (ACC), dan ‘Highway Assist’ (HWA)
- skrin sesentuh 12.3 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto

Dari penglihatan Careta sendiri, memang harga setinggi itu sukar untuk diterima pada mulanya, tetapi setelah melihat sendiri Tank 300, harga RM250,000 itu boleh dikatakan adil untuk produk yang ditawarkan.

 

 

Rata-rata pengunjung Malaysia Auto Show 2024 (MAS 24) yang ditemu Careta di ruang pameran GWM turut bersetuju dengan harga itu. 

Untuk mereka yang berminat, mereka yang menempah mana-mana model GWM ketika MAS 24 akan mendapat peluang untuk memenangi cabutan bertuah di mana lima pemenang akan dipilih setiap hari untuk menerima sebuah telefon pintar Honor X9B.

Bagi 300 pemilik pertama Tank 300, mereka akan menerima pakej servis percuma selama lima tahun atau 100,000 km. Ini merangkumi caj upah dan alat ganti.

 

 

Selain dari itu, waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi juga akan diberikan pada semua pembeli Tank 300 (hanya untuk pemilik pertama sahaja).

Saksikan MAS 24 di MAEPS, Serdang dari hari ini sehingga Ahad nanti. Untuk info lanjut tentang MAS 24, layari www.autoshow.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Varian Performance menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi yang luar…
Berita Global
Menurut dari media di Jerman, GWM merancang untuk menutup ibu pejabat Eropahnya di Munich pada…
Berita Global
Buktinya, ia adalah antara syarikat automotif pertama dari China yang hadir dengan enjin dan…