GWM MALAYSIA BAKAL LANCARKAN SEDAN EV TERBAHARU - ORA LIGHTNING CAT

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor Malaysia telah memberi teaser sedan EV terbaharu melalui perkongsian di media sosial Facebook yang dikenali Ora 07 EV atau Ora Lightning Cat di pasaran global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui perkongsian tersebut gambar tersebut menunjukkan bahawa sedan fastback elektrik itu bersedia untuk membuat ketibaan rasmi di pasaran Malaysia.

Pertama kali diperlihatkan pada tahun 2021, Ora Lightning Cat ini membawa gaya reka bentuk luaran seperti diinspirasikan daripada model Porsche 911 dan Panamera.

 

ORA

 

Namun apa yang paling kita nak tahu, berapakah harga jualan yang bakal diletak pada sedan EV ini?

Jika di Thailand, Ora Lighting Cat dilancarkan dengan harga daripada 1.299 juta baht (RM174,648) untuk varian Jarak Jauh, manakala untuk varian Performance adalah pada harga 1.499 juta baht (RM201,655).

 

ORA

 

Mengenai spesifikasi kedua-dua varian tersebut, ia didatangkan dengan bateri litium 83.5 kWh yang menjanakan motor 204 PS/340 Nm yang dipasang di bahagian hadapan untuk varian asas Jarak Jauh.

Manakala, varian Performance mendapat janaan AWD dwi-motor dengan yang memberi kuasa dua kali ganda output, pada 408 PS dan 680 Nm tork.

Menurut sumber sedan EV ini mampu memecut 0-100km/j dalam 4.3 dan boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 180 km/j.

 

ORA

 

Untuk jarak pemanduan bagi Ora Lightning Cat ini, untuk varian Jarak Jauh, ia mampu mencapai jarak sehingga 640km manakala varian Performance dapat mencapai sehingga 550km.

Melalui pengecasan DC, Ora Lightning Cat boleh dicas daripada 30-80 peratus dalam masa lebih 30 minit sahaja.

Sedan EV ini turut menawarkan mod pemanduan seperti Eco, Well being, Normal, Sport dan Individual ditawarkan pada varian Jarak Jauh asas.

 

ORA

 

Manakala varian Performance didatangkan dengan mod Sport+ berserta tiga mod stereng iaitu Light, Comfort dan Sport.

Ciri-ciri keselamatan untuk model ini merupakan ciri keselamatan canggih yang hampir sama dengan apa yang telah ada di pasaran saingan lain kebanyakkanya contohnya seperti enam beg udara, kamera 360 darjah, amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik, bantuan persimpangan, amaran keluar lorong, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang.

 

SUMBER : PAULTAN 

Berita Berkenaan

Berita Global
Buktinya, ia adalah antara syarikat automotif pertama dari China yang hadir dengan enjin dan…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…