Gril Panamericana bakal ditawarkan pada model-model AMG aras mula

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, walaupun jentera-jentera AMG 35 (seperti contoh CLA 35 dan A 35) tergolong di dalam keluarga AMG, penampilan model yang disebutkan itu nyata berbeza berbanding jentera AMG yang jauh lebih berkuasa (AMG 45, AMG 53, dan sebagainya).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana sebelum ini penawaran gril ikonik AMG Panamericana tersebut tidak ditawarkan untuk model-model, namun ada model terbaharu yang sudah pun nampaknya memakai gril menegak tersebut, seperti contoh Mercedes-AMG GLB 35.

 


Menurut laporan daripada CarBuzz, Pakar Komunikasi Produk dan Teknologi Mercedes-Benz Ashley Gillam menjelaskan, "gril menegak spesifik AMG ini akan mula ditawarkan kepada semua model AMG bermula tahun ini, namun ia bergantung kepada garis masa kitaran produk, serta jadual pelancaran model baharu.

Tambah beliau lagi, Mercedes-AMG A 35 dan CLA 35 diperkenalkan sebagai model tahun 2020, namun AMG GLB 35 pula muncul sebagai kenderaan model tahun 2021.

"Ini turut menjelaskan kenapa GLA 35 yang dilancarkan sebagai model tahun 2021 menerima gril Panamericana yang serupa, akan tetapi AMG A 35 dan CLA 35 tidak dapat ciri yang serupa.

 


Gril Panamericana mula diperkenalkan pada model 300SL varian perlumbaan pada awal tahun 1950-an, dan muncul semula pada era moden menerusi model AMG GT pada tahun 2018.

Semenjak daripada itu, Mercedes-AMG mula menawarkan gril Panamericana pada model-model AMG yang lain termasuklah SUV AMG.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…