Grand Prix Sakhir: Mercedes kena saman 20k Euro kerana salah pasang tayar

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas dikenakan saman sebanyak 20,000 Euro kerana memasang tayar yang salah kepada kereta lumba George Russell ketika perlumbaan GP Sakhir di Bahrain semalam.

Tayar hadapan yang dipasang itu adalah untuk pelumba Valtteri Bottas dan kekalutan itu berlaku bila kedua-dua jentera masuk pit serentak.

Russell menggantikan Lewis Hamilton yang positif Covid-19 selepas perlumbaan Bahrain. 

Menurut ketua pasukan, Toto Wolff, mereka sedar akan masalah itu apabila Bottas tidak menerima tayar hadapannya. 

Pelumba itu menunggu selama 27 saat di pit untuk menukar kepada tayar-tayar baharu tetapi kerana kekalutan itu, Bottas terpaksa menggunakan tayar hadapan yang sama untuk meneruskan perlumbaan.

 

 

Steward perlumbaan berkata kesilapan itu tidak pernah berlaku di dalam Formula 1. 

Walaupun mempunyai masalah tayar yang tidak sesuai, Russell berjaya mengejar Sergio Perez dan berada di tempat kedua untuk seketika sebelum mengalami masalah pancit, yang menyebabkan Russell terpaksa masuk pit kembali.

Russell menghabiskan perlumbaan di petak kesembilan sementara Bottas berada di petak kelapan. Kedua-dua pelumba dibenarkan menyimpan mata masing-masing selepas pasukan itu dikenakan penalti.

Dalam temuramah bersama media, Wolff tanpa segan silu berkata ia adalah satu kesilapan besar dari pasukan beliau tetapi bersetuju selain dari itu, pasukannya masih cemerlang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Majalah tersebut, Die Aktuelle edisi 15 April 2023 memaparkan tajuk "Wawancara Pertama" dengan…
Berita Global
Perkara itu telah diumumkan oleh Ford bertempat di New York semasa majlis pelancaran livery tahun…
Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…