Gran Turismo diiktiraf sebagai acara rasmi Sukan Olimpik maya!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, permainan video Gran Turismo yang pertama kali dilancarkan menerusi platform Sony Playstation pada tahun 1997 kini menjadi sebahagian daripada acara Sukan Olimpik.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dalam persidangan International Olympic Committee yang dianjurkan pada 22 April lalu, mereka bersepakat untuk mengiktiraf permainan Gran Turismo sebagai salah satu acara rasmi di dalam Olympic Virtual Series.

Acara yang dianjurkan secara maya itu akan bermula pada 13 Mei sehingga 23 Jun akan mengumpulkan para peserta dari seluruh dunia, di mana Olympic Virtual Series ini membariskan tajuk-tajuk permainan seperti berikut:

  • World Baseball Softball Confederation (WBSC) – eBaseball Powerful Pro Baseball 2020, Konami Digital Entertainment
  • Union Cycliste Internationale (UCI) – Zwift, Zwift inc.
  • World Rowing - Open format
  • World Sailing - Virtual Regatta, Virtual Regatta SAS
  • Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) - Gran Turismo, Polyphony Digital

Kelima-lima acara Olympic Virsual Series ini bakal mempunyai perbezaan dari segi penganjuran dan konsep, dan bakal beroperasi menerusi platform masing-masing di mana peserta dapat mengambil bahagian.

Informasi lanjut berkenaan cara penyertaan, serta hadiah yang bakal ditawarkan akan diumumkan menerusi laman web www.olympicchannel.com.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak berkesempatan (dan tidak berkemampuan) untuk membeli Civic Type R FL5, anda…
Berita Global
Menurut laporan daripada BimmerToday, BMW akan menggugurkan model 6 Series GT untuk model tahun…
Berita Global
Ini kerana bulan depan, permainan video simulasi perlumbaan Gran Turismo bakal menawarkan sebuah GR…