Gracshaw lancar helmet tema Jepun - enam rekaan, RM420

oleh Mohamad Hanif|
Double Site Marketing Sdn Bhd selaku pengedar jenama helmet buatan Malaysia Gracshaw melancarkan produk terbaharu helmet Edisi Jepun untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat enam reka bentuk unik yang dibawakan pada helmet dwi-visor Gennex, iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu, di mana setiap satu mewakili kisah atau tema yang dibawakan dari negara Jepun.

• Kurita (クリタ) - ilham daripada sotong gergasi, selain menampilkan elemen pedang katana, mutiara, ombak dan bunga
• Tsuru 鶴 (つる) - burung jenjang bermahkota merah yang dikatakan hidup sehingga 1,000 tahun, membawakan simbol tuah, panjang umur dan kesetiaan
• Japop  (ジャポップ) - inspirasi daripada anime dan manga Jepun, termasuklah watak popular Astro Boy
• Tengu 天狗 (てんぐ) - makhluk sakti nakal daripada cerita rakyat Jepun, memiliki kuasa mengawal angin, bermuka merah, hidung panjang
• Oda 織田 (おだ) - penghormatan kepada hulubalang Jepun Oda Nobunaga dari zaman Sengoku
• Karasu (カラス) - tema senjata yang digunakan oleh pahlawan ninja seperti shuriken, kunai, dan kusarigama.

 

Gracsjaw


 Helmet muka terbuka dwi-visor Gracshaw Gennex dengan enam rekaan tersendiri ini boleh didapati pada harga RM420.

Setiap pembelian akan dibekalkan dengan beg galas eksklusif untuk perlindungan serta mudah dibawa.

Menurut Farizan bin Md Akir dari Bahagian Pemasaran, Double Site Marketing, Edisi Jepun ini direka bentuk di Pulau Pinang dan dibuat di Jitra, Kedah untuk menjadikan topi keledar ini produk Malaysia sepenuhnya.
 

Gracsjawa


“Ini merupakan rangkaian topi keledar paling unik dan menarik daripada Gracshaw dan kami mengambil masa hampir lapan bulan untuk membangunkannya daripada peringkat konsep hinggalah kepada pengeluaran.

"Kami di Gracshaw memahami kepentingan memakai topi keledar yang baik dan sesuai untuk individu setiap kali keluar bermotosikal. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa topi keledar hanyalah sebagai ‘keperluan undang-undang’, namun bagi kami topi keledar adalah lebih daripada itu. Visi kami adalah untuk menawarkan pelindung kepala yang menggabungkan kualiti, keselesaan dan gaya bagi memenuhi kehendak penunggang yang sofistikated dan bergaya.

"Kami percaya produk Edisi Jepun kami akan dapat menawan hati penunggang motosikal Malaysia yang sudah biasa dengan budaya Jepun termasuk pelbagai ikon, motif dan watak yang dibawakan oleh negara matahari terbit ini.  Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting buat jenama kami.  Pada tahun hadapan, kami merancang untuk mengeksport produk kami ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara,” beliau berkata.
 

gracshaw


Topi keledar Gracshaw Edisi Jepun boleh dibeli secara dalam talian melalui https://shop.gracshaw.com, Kedai Rasmi Gracshaw di Shopee https://shopee.com.my/gracshaw.os dan melalui laman Facebook https://www.facebook.com/gracshaw. Untuk maklumat lanjut tentang portfolio lengkap produk dan senarai pengedar Gracshaw, sila layari www.gracshaw.com.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…