GR Yaris + 2JZ 1,000 hp - Sebuah lagi projek gila Daigo Saito!!

oleh Mohamad Hanif|
Ya, tajuk yang kami berikan di atas bukan satu 'click bait', akan tetapi ia projek gila sebenar yang dijalankan oleh jaguh drifter dari Jepun, Daigo Saito.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak lama selepas pengenalan hot hatch GR Yaris ke dunia, Daigo Saito tidak melepaskan peluang untuk menjalankan eksperimentasi terbaharu beliau dengan memuatkan nadi popular 2JZ-GTE ke dalam perut hatchback tersebut.

Beliau sebelum ini mengejutkan dunia dengan menjalankan modifikasi memasukkan enjin inline-6 terkenal Toyota 2JZ-GTE bagi menggantikan nadi asal di dalam jentera drift Toyota GR Supra.

 


Tidak dapat dipastikan sama ada model asal tersebut dilengkapi dengan enjin tiga silinder paling berkuasa 1.6 liter (272 PS/370 Nm) atau versi asas yang hadir dengan enjin Dynamic Force M15A-FKS (120 PS/145 Nm), namun yang pasti enjin asal telah pun dibuang jauh-jauh bagi menempatkan nadi baharu enam silinder sebaris itu.

Ternyata, penukaran trenkuasa tersebut bukanlah semudah yang disangka, memandangkan struktur firewall terpaksa dipotong bagi memuatkan nadi yang mampu menghamburkan 1,000 kuasa kuda itu.

 

 

Disebabkan tujuan asalnya adalah untuk dijadikan jentera drift, ia tidak menampilkan sistem pacuan semua roda, sebaliknya GR Yaris ini dijadikan sebagai jentera pacuan roda belakang.

Sementara bahagian luaran jentera drift GR Yaris ini menampilkan kit badan yang sama seperti GR Yaris HKS Concept yang diperlihatkan baru-baru ini, iaitu kit badan Pandem Rocket Bunny yang direka oleh Kei Miura dari Tra-Kyoto, sementara roda pula daripada Work Emotion CR3P ELG, dan akhir sekali layangan liveri Sunoco-Monster Energy.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya, impian Daigo Saito untuk beraksi dengan Toyota GR Supra bernadikan enjin 2JZ masih tidak…
Berita Global
Bagai sireh pulang ke gagang, itulah yang diibaratkan oleh enjin 2JZ-GTE yang ketika ini duduk di…