Daigo Saito bakal berentap di D1GP dengan Supra A90 bernadikan enjin 2JZ-GTE!

oleh Mohamad Hanif|

Bagai sireh pulang ke gagang, itulah yang diibaratkan oleh enjin 2JZ-GTE yang ketika ini duduk di dalam engine bay Toyota GR Supra A90 yang dimiliki oleh drifter terkenal, Daigo Saito. 

Ketika ramai yang masih menantikan kit swap 2JZ yang kini sedang dihasilkan oleh CX Racing, pelumba drift dari Jepun itu kini sedang menyiapkan jentera beliau yang dikuasakan oleh enjin ikonik Toyota. 
 


Berdasarkan gambar yang diperoleh dari laman rasmi Facebook beliau, sudah jelas, terang dan nyata ia bukanlah lagi enjin BMW enam silinder sebaris seperti mana yang keluar dari kilang pemasangan di Austria. 

Sebaliknya, enjin enam silinder sebaris buatan asal Toyota sudah pun selamat mendiami ruang cagak enjin dan menjalani modifikasi bagi menghamburkan potensi sebenar - terima kasih kepada penggunaan intake daripada gentian karbon dan turbo yang besar.

Dalam keadaan standard mengikut Perjanjian Lelaki Sejati, enjin 2JZ-GTE ini mampu menghasilkan 276 kuasa kuda dan 434 Nm (4,000 rpm), namun secara realistiknya 321 kuasa kuda ini dikira sebagai kacang sahaja bagi Toyota. 
 


Namun, apabila ia ditangan sebuah drifter terkenal, anda boleh membayangkan kuasanya mampu mencecah 800 hp dengan mudah.

Difahamkan enjin ini telah menerima peningkatan sesaran daripada 3.0 liter kepada 3.3 liter, terima kasih kepada stroker kit dan talaan khas daripada firma penala HKS. 

Hampir kesemua bahagian Supra A90 ini telah dibina semula, termasuklah melebarkan trek depan dan belakang, suspensi baharu, bumbung gentian karbon serta menempatkan rekaan fender serba baharu bagi memuatkan rim super lebar. 

Kemunculan wing di bahagian belakang juga dikatakan lebih lebar berbanding rekaan sayap yang dipertunjukkan oleh Supra GT4. 
 


Daigo Saito merancang untuk membawa jentera ini bertanding di kejohanan D1 Grand Prix pada tahun ini, dengan segala kerja-kerja modifikasi disempurnakan oleh Fat Five Racing. 

Sama-sama kita nantikan hasil kacukan Toyota Supra A90 dengan enjin 2JZ-GTE ini. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perhimpunan Agung FIA di Paris semalam bersetuju untuk meluluskan penambahan masa bagi MAM yang…
Berita Domestik
Pelantikan tersebut dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan FIM yang diadakan di Monaco baru-baru…
Informasi
  Berikut adalah permainan e-sukan mempunyai hadiah paling tinggi pada tahun 2018 :  1. Dota 2…