Givi buka pusat sehenti baharu di Johor Bahru

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar jenama aksesori motosikal popular di Malaysia, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) baru-baru ini merasmikan pembukaan pusat sehenti terbaharunya di Johor Bahru, Johor.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, inisiatif pembukaan pusat baharu itu dilakukan susulan permintaan berterusan terhadap kotak barangan dijual syarikat berkenaan.

"Permintaan terhadap produk kita terutamanya kotak barangan dalam kalangan pengguna di negeri ini selain Singapura semakin meningkat.

"Justeru, kita memilih untuk meluaskan portfolio pasaran di Johor kerana potensi di sini (Johor) cukup baik," katanya dalam satu kenyataan.
Kawasaki Legend Reborn

Terdahulu, majlis pembukaan pusat tersebut turut dihadiri Pengurus Operasi Luar Negara GIVI, Joseph Andrea Perucca dan bekas pelumba lagenda, Shahrol Yuzy.

Untuk makluman, GIVI Point Johor Bahru yang terletak di No. 39, Jalan Tampoi Susur 1, 81200, Johor Bahru itu dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 petang (kecuali Ahad dan cuti umum).

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
Baru-baru ini, kembara itu telah merentasi tiga negara (Indocina) termasuk Thailand, Kemboja dan…
Berita Domestik
Mengedar dan menjual produk palsu Givi nampaknya tidak mencukupi bagi seorang pengusaha nampaknya…
Informasi
Produk-produk Givi memang terkenal kerana tahan lasak, berkualiti dan memberikan pulangan nilai…