Givi lancar Maxia 5 - muat untuk dua helmet modular!

oleh HEZERI SAMSURI|
Givi telah melancarkan generasi kelima top box popular mereka, Maxia.

Maxia 5 memberi lebih fokus kepada motosikal segmen touring dan perjalanan jauh serta mempunyai ruang simpanan sebesar 58 liter.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan anda tidak bergerak banyak semasa menunggang.

Seberat 5.4 kg, rekabentuk lebih modern ini juga diberikan engsel baharu yang memudahkan lagi untuk dibuka. Sistem kunci Monokey juga ditambah-baik.

 

Aksesori optional untuk Maxia 5 termasuk inner-bag, pemegang dokumen dan span tempat sandar belakang.

Maxia mula muncul di dalam pasaran pada tahun 1991 dan ia popular di kalangan pemilik motosikal besar dan skuter maxi.

Anda boleh menempah model ini dari Givi Asia. Namun begitu, harga untuk pasaran Malaysia masih belum ditentukan. 

Di UK, harga pasarannya ialah £355.83, tidak termasuk cukai (RM1,960). 

Yang pasti, bentuknya cukup menarik!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Wazi Abdul Hamid, legenda pelumba motosikal negara dan juga pengasas Motowazi, latihan ini…
Berita Domestik
Bandaraya Bersejarah Melaka telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk Selatan Malaysia yang…
Informasi
Jenama motosikal sendiri memang menghasilkan boks mereka sendiri. Contohnya, BMW memang terkenal…