Giliran Mercedes hentikan penawaran model bertransmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz nampaknya sangat agresif dalam memperkenalkan model-model yang bersesuaian dengan kehendak demografik pengguna, serta tidak ketinggalan memperkenalkan versi tersendiri kenderaan elektrik (EV) di bawah jenama EQ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebalik langkah yang agresif itu, terdapat berita yang kurang baik bagi mereka (khususnya rakyat Eropah) yang menggemarkan transmisi manual daripada jenama Jerman itu.

Ini kerana Mercedes dalam satu kenyataan bakal menghentikan penawaran kotak gear dengan tiga pedal itu secara berperingkat bagi mengurangkan kos pembangunan.

Selain daripada mengurangkan penawaran transmisi manual, Mercedes-Benz juga merancang untuk mengurangkan sehingga 70 peratus penawaran model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang akhir dekad ini.

Terdapat peluang yang lebih besar trenkuasa diesel bakal dihentikan secara terus memandangkan regulasi pelepasan emisi yang kian ketat dilaksanakan di Eropah pada ketika ini.

Bukan itu sahaja, menurut ketua R&D Mercedes Marcus Schaeffer memberitau Autocar berkata, pihak Mercedes-Benz juga sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perkongsian platform merentasi penawaran model sedia ada.

Perancangan jangka pendek ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos tetap lebih daripada 20 peratus menjelang pertengahan dekad ini, di mana Mercedes juga turut merancang untuk mengurangkan perbelanjaan R&D lebih daripada 20 peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…