Ghosn saman Nissan-Mitsubishi US$17 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Carlos Ghosn yang ditangkap dan disiasat di Jepun atas tuduhan kewangan syarikat kini menyaman Nissan dan Mitsubishi Motors kerana menamatkan khidmatnya sebagai pengerusi atas tuduhan menggelapkan wang syarikat.

Akhbar Belanda, NRC melaporkan peguam Ghosn berkata bekas pengerusi itu telah menyaman kedua syarikat itu sebanyak US$16.8 juta untuk kesilapan yang menyebabkan beliau dipecat.

Menurut Laurens de Graaf, peguamn Ghosn, undang-undang di Belanda menetapkan sebelum seorang eksekutif dibuang kerja, beliau perlu diberitahu alasan dan juga bukti pertuduhan tersebut. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kedua-dua itu langsung tidak berlaku untuk anak guam saya," ujar Laurens.

Satu mahkamah sedang mengkaji saman tersebut tetapi masih belum mengumumkan tarikh perbicaraan.

Syarikat pemegangan (holding company) untuk Renault-Nissan-Mitsubishi ditubuhkan di Belanda.

Ghosn mempunyai kerakyatan untuk Perancis, Lebanon dan Brazil tetapi memilih Belanda untuk menjadi negara bagi membayar cukai beliau kerana ia lebih "mesra cukai".

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…