Geometry Panda Knight - crossover EV comel dengan rupa ala Bronco, jarak gerak 200 km

oleh Mohamad Hanif|
Geometry, sebuah sub-jenama di bawah naungan Geely bakal melancarkan kereta elektrik (EV) urban dengan rupa paras yang diinspirasikan daripada SUV off-road Ford Bronco, iaitu Panda Knight.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding dengan model standard Geely Panda yang muncul pada Disember 2022, Panda Knight yang diperkenalkan oleh Geometry ini membawakan perbezaan bersifat kosmetik.

Dari segi dimensi, Panda Knight membawakan ukuran sepanjang 3,135 mm, lebar 1,565 mm, tinggi 1,655 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,015 mm.
 

panda


Dengan saiz yang agak kecil itu, agak mengejutkan apabila Panda Knight ini masih lagi mampu memuatkan sehingga empat orang penumpang, dengan ruang kargo sebesar 800 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Perubahan yang ketara ialah rupa paras hadapan di mana unit lampu LED berbentuk bulat kini diintegrasikan dalam struktur jeriji yang besar, diikuti dengan bampar ala off-road serta penambahan fender lebar.
 

panda


Selain daripada itu, Panda Knight juga turut didatangkan dengan rel bumbung, tempat pemijak sisi, pemegang bonet hadapan, serta cangkuk pemulihan di mana kesemua komponen yang disebutkan tadi dilayangkan warna lime green.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim lima jejari dengan saiz yang sama seperti model Panda standard, menjadikan jarak lega bumi yang hampir sama dengan model asal.
 

panda


Untuk ruang kabin, Panda Knight didatangkan dengan skrin sentuh sebesar lapan inci, skrin kluster digital bersaiz 9.2 inci, sistem pendingin hawa, kombinasi warna baharu, serta corak spesifik pada upholsteri kulit palsu.

Dari segi kuasa, Panda Knight mempunyai motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 40 hp dan daya kilas 110 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium iron phosphate berkapasiti 17.03 kWh.
 

panda


Dengan pengecasan penuh, Panda Knight mampu bergerak sejauh 200 km mengikut data protokol CLTC.

Model EV urban ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran China pada September 2023, dengan harga jualan yang lebih tinggi berbanding model standard.

Sebagai perbandingan, Geely Panda dijual pada harga bermula dari 39,900 yuan (RM25,462) sehinggalah 56,900 yuan (RM36,310) untuk varian tertinggi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun dalam laporan terbaharu daripada Bernama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan…
Berita Domestik
Model EV pertama smart #1 dijangka akan muncul di pasaran Malaysia pada suku keempat tahun 2023,…
Berita Global
Difahamkan, Geometry E ini bakal membuat kemunculan rasmi dalam acara Beijing Auto Show pada bulan…