Geometry dedah teaser crossover elektrik E berkuasa 80 hp

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif China Geometry baru-baru ini mendedahkan teaser yang menandakan kehadiran sebuah model crossover elektrik baharu dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Geometry E ini bakal membuat kemunculan rasmi dalam acara Beijing Auto Show pada bulan April ini.

Menurut laporan daripada CarNewsChina, Geometry E sebelum ini diberikan nama 'X Thunder Tiger' (mengikut jejak langkah Kung Fu Cow).
 

EV


Menggunakan asas daripada Geely Vision X3, Geometry E berukuran 4,006 mm panjang, 1,765 lebar, 1,550 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2,485 mm.

Berdasarkan gambar teaser, muka hadapan Geometry E menampilkan jalur LED nipis di bahagian atas, diikuti perumah lampu utama berbentuk segi empat, rekaan gril yang tertutup tanpa sebarang liang, sementara bahagian belakang pula tampil agresif dengan rekaan lampu brek ketiga 3D.
 

EV


Sebuah lagi gambar teaser memaparkan kehadiran ciri bumbung suria.

Sebagai sebuah EV, Geometry E hadir dengan motor elektrik tunggal dengan kuasa 80 hp yang memacu roda hadapan, dan kelajuan tertinggi 121 km/j sahaja.

Lebih perincian bakal diketahui menjelang pengenalan rasmi pada Beijing Auto Show bulan depan.

 

 

Sumber: CarNewsChina