Genesis GV80 2020 - SUV mewah pertama Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Genesis GV80 2020 merupakan SUV mewah pertama yang dihasilkan oleh jenama mewah Genesis dan bakal menyertai barisan kenderaan Genesis lain seperti G70, G80 dan G90.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diperhatikan, rekaan luaran Genesis GV80 tidak lari jauh daripada model konsep yang diperlihatkan pada tahun 2017. 

Dari segi luaran, Genesis GV80 didatangkan dengan rekaan lampu "Quad Lamps", serta gril hadapan bersegi, di mana menurut Genesis ia diinspirasikan daripada bentuk logo syarikat. 
 


Garisan bumbung juga ditarik rendah ke belakang diselarikan dengan garisan tajam di bahagian sisi kenderaan yang bermula dari hadapan sehinggalah ke belakang.

Rekaan lampu yang sama turut dibawakan ke bahagian belakang sebelum bahagian tersebut diakhiri dengan perkataan GENESIS yang besar serta pemasangan spoiler bumbung.
 


Memasuki ruang kabin, Genesis sebolehnya mahu kekal dengan idea asal yang dibawakan pada konsep, dan hasilnya, sebuah ruang yang kekal kemas dan elegan. 

Roda stereng yang kemas dengan rekaan two-spoke itu dibaluti dengan kulit, manakala di bahagian tengah terdapat skrin infotainmen lebar bersaiz 14.5 inci. 

Sebagai sebuah jenama mewah, Genesis mahukan ruang kabin yang senyap dan selesa, jadi dengan adanya sistem Road-Noise Active Noise Control, ia mampu menganalisa bunyi sedia ada dan menghasilkan gelombang bunyi untuk 'menghapuskan' kebisingan dalam masa hanya 0.002 saat!
 


Sebuah lagi teknologi impresif yang terdapat pada GV80 adalah sistem pemantauan jalan menggunakan kamera hadapan untuk menganalisa permukaan jalan dan seterusnya menetapkan suspensi mengikut data yang diperoleh. 

Ciri keselamatan standard termasuklah 10 unit beg udara termasuklah beg udara tengah, sistem pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan pengelakan pelanggaran belakang, bantuan pemanduan lebuhraya, dan sistem amaran papan tanda jalan raya. 

SUV mewah Korea Selatan ini didatangkan dengan enjin diesel turbo enam silinder sebaris 3.0 liter menghasilkan 274 hp dan 589 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. 

 


Selain daripada enjin diesel, Genesis GV80 turut ditawarkan dengan enjin petrol 2.5 liter turbo (300 hp/422 Nm) dan enjin 3.5 liter V6 turbo (375 hp/530 Nm) yang memacu roda belakang atau opsyen pacuan semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu…