Genesis GV70 SNOW, SUV mewah jadi lasak untuk salji, lebar dan tinggi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Genesis GV70 Snow
Genesis GV70 Snow
Lonjakan reka bentuk Genesis sebagai jenama mewah dengan identiti tersendiri memang menggagumkan.

Hyundai Motor Group sejak dari dulu tidak berkira untuk melantik mereka yang berpengalaman.

Di antara pereka yang memegang jawatan tinggi seperti Luc Donckerwolke (Peugeot, Audi, Bentley, Lamborghini, Seat, Skoda) dan Karim Habib (BMW, Mercedes-Benz, Infiniti).

Lagi individu berpengalaman seperti SangYup Lee (GM, VW, Bentley) dan Ilhun Yoon (Mercedes-Benz, Bentley) yang mengetuai dan mengurus reka bentuk Genesis.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Genesis GV70

 

Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow di Switzerland.

Diperkenal oleh Ketua Pegawai Jenama Genesis, Graeme Russell, GV70 adalah hasil kerjasama di antara Genesis dan Delta 4x4.

Syarikat dari Jerman yang mengkhususkan di dalam aksesori off-road itu bersaing di dalam Rali Paris-Dakar sejak 1985 lagi.

Hasilnya unik iaitu SUV mewah dengan lagak off-road. Unik untuk Genesis namun menjadi kebiasaan untuk jenama mewah begini.

 

Genesis GV70 Snow

 

GV70 Snow dilengkapi perkakasan sukan musim sejuk seperti rak bumbung khas dengan lampu LED 40 inci dari Vision X.

Turut dilengkapi Anavon Ski buatan khas yang dibangunkan dengan kerjasama Genesis.

Satu pakej yang benar-benar menyerlahkan GV70 Snow ialah gabungan lingkungan roda lebar, tayar BF Goodrich KO2 265/60R18 dan rim Klassik B.

Selain itu, jarak kelegaan bumi asal ditinggikan bagi meredah laluan mencabar dan bersalji. Turut dilengkapi lampu kabus dari Baja Design.

 

Genesis GV70 Snow

 

Genesis tidak berkongsi maklumat rangkaian kuasa GV70 Snow.

Model yang ditawarkan kepada umum mempunyai tiga pilihan iaitu 2.5 liter T-GDi (304ps, 422Nm), 3.5 liter V6 T-GDI (202ps, 441Nm) dan 2.2 liter e-VGT diesel (380ps, 529Nm).

Genesis turut menawarkan model elektrik iaitu Electrified GV70 dengan bateri 77.4 kilowatt-jam dengan kuasa keseluruhan 320 kilowatt dan tork 700Nm.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Genesis GV70 Snow