Genesis G70 Shooting Brake 2021 buat kemunculan rasmi di Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, Genesis mengumumkan model station wagon G70 Shooting Brake yang bakal ditawarkan di pasaran Eropah, dan model itu kini membuat kemunculan rasmi di Goodwood Festival of Speed baru-baru ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ini bermakna, Genesis G70 Shooting Brake merupakan model kelima yang dibawa masuk oleh Genesis untuk pasaran Eropah dan bakal bersaing dengan model wagon mewah yang lain seperti BMW 3 Series Touring dan Audi A4 Avant.

 


Dari segi dimensi, G70 Shooting Brake ini hadir dengan dimensi sepanjang 4,685 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,400 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,835 mm dan ruang kargo sebesar 330 liter, 40 peratus lebih besar berbanding G70 sedan.

Ia banyak membawakan elemen rekaan yang kita boleh lihat pada model-model Genesis yang lain seperti 'Crest Grille', unit lampu utama 'Quad Lamps' yang menjadikan penampilannya lebih agresif di atas jalan raya.

 


Kemasan mewah juga turut diperlihatkan pada bahagian dalam, sama seperti apa yang ditawarkan pada versi sedan seperti sistem infotainmen 10.25 inci, paparan kluster digital 3D, sistem pengecasan peranti nirwayar, serta kamera 360 darjah.

Ciri keselamatan moden turut dimuatkan seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal laluan, amaran pelanggaran hadapan serta brek kecemasan automatik.

 


Ketika pelancaran, Genesis G70 Shooting Brake ditawarkan dalam dua pilihan enjin, iaitu enjin petrol 2.0 liter yang menghasilkan 251 hp dan 353 Nm, dan enjin diesel 2.2 liter yang mampu menjana 199 hp dan 440 Nm.

Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Menurut Genesis, G70 bakal menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporti berbanding model G80 yang lebih besar, akan tetapi masih lagi memfokuskan kepada keselesaan.

 


Ia bakal dijual di UK menjelang akhir tahun ini, dan harga jualan akan diumumkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk memperlihatkan betapa seriusnya Genesis menyerang pasaran tersebut, divisyen automotif mewah…
Berita Global
Genesis Eropah baru-baru ini menerbitkan beberapa keping gambar teaser dan difahamkan ia merupakan…