Genesis dedah teaser G70 Shooting Brake - Awas 3-Series Touring dan C-Class Estate!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu 'amaran' buat BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class, terdapat pendatang baharu yang mahu 'bertempur' di dalam segmen wagon mewah dari Korea Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Genesis Eropah baru-baru ini menerbitkan beberapa keping gambar teaser dan difahamkan ia merupakan gambar acah pertama bagi model yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Genesis G70 Shooting Brake.

 


Imej tersebut memaparkan rekaan bahagian belakang yang mengambil asas daripada model sedan G70, dan ditambah dengan struktur bumbung yang lebih panjang dan melandai ke belakang - wajib untuk sebuah wagon ditambah pula dengan rekaan pintu liftgate dengan lampu brek ketiga berbentuk V.

Selain daripada itu, terdapat juga elemen yang dibawakan terus daripada sedan G70 seperti rekaan lampu belakang yang terpisah.

 


Tiada sebarang informasi lanjut didedahkan, namun pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Sementara itu, sedan Genesis G70 yang diperlihatkan pada tahun lalu ditawarkan dalam tiga varian enjin, iaitu enjin 2.0 liter turbo (249 hp/353 Nm), enjin V6 3.3 liter turbo berkembar (365 hp/510 Nm, serta enjin diesel turbo 2.2 liter (199 hp/441 Nm).

 


Difahamkan, wagon G70 Shooting Brake ini dijangka membawakan ciri yang sama didapati pada G70 sedan seperti tempat duduk balutan kulit Nappa, headliner mikrofiber suede, skrin infotainmen 10.25 inci, roda stereng dengan pemanas terbina dan sistem audio premium Lexicon dengan 15 pembesar suara.

Versi yang lebih berkuasa pula mungkin sekali akan mendapat ciri prestasi tinggi seperti suspensi adaptif, LSD dan sistem brek daripada Brembo.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Genesis G70 Shooting Brake merupakan model kelima yang dibawa masuk oleh Genesis…
Model Terbaharu
Untuk memperlihatkan betapa seriusnya Genesis menyerang pasaran tersebut, divisyen automotif mewah…