Geely, Volvo rancang bergabung?

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif China, Geely Automobile dan Volvo Cars dalam satu kenyataan mengumumkan pertimbangan untuk menggabungkan perniagaan mereka bagi mempercepatkan sinergi kewangan dan teknologi antara kedua-dua syarikat tersebut.

Menurut Li Shufu, pengerusi Geely Holding Group berkata, "gabungan antara kedua syarikat ini bakal menghasilkan sebuah kumpulan global yang sangat kuat.

Jika benar, ia bakal melibatkan beberapa jenama di bawah naungan termasuklah Lynk & Co, Polestar serta jenama baharu Geely, Geometry.

Menerusi gabungan ini, kedua-dua Volvo dan Geely bakal mendapat manfaat daripada pembangunan teknikal bersama, dan berkongsi fasiliti produksi supaya kekal kompetitif bagi melawan persaingan daripada kumpulan gergasi seperti Volkswagen Group dan PSA-FCA.

Zhejiang Geely Holding Group berjaya mendapatkan Volvo daripada Ford Motor pada tahun 2010, dan pada ketika ini Geely Holding mempunyai beberapa pelaburan termassuklah Daimler (9.7%), Proton (49.9%) dan pegangan majoriti di dalam Lotus. 

Oktober lalu, Geely dan Volvo menggabungkan operasi pembangunan dan pembuatan enjin bagi membangunkan enjin hibrid dan ICE generasi berikutnya untuk kegunaan Lotus, LEVC, Lynk & Co, Proton serta pengeluar lain yang berminat. 

Secara perbandingan, Geely Automobile berjaya menjual 1.36 juta kenderaan pada tahun 2019, manakala Volvo Cars pula menjual kira-kira 700,000 unit untuk tempoh yang sama. 

Sumber: Automotive News Europe

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti mana yang dijanjikan, langkah tersebut akhirnya dilaksanakan secara rasmi apabila semua…
Berita Global
Menurut Volvo, langkah ini juga diperlukan memandangkan langkah perintah kawalan pergerakan yang…
Berita Global
Menurut sumber media utama dunia, beberapa syarikat automotif didapati telah memulakan semula…