Geely New Energy GE11 dedah rekaan dalaman dengan elemen humanistik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi satu acara bertempat di Shanghai, Geely telah mendedahkan buat kali pertamanya kenderaan elektrik global mereka, Geely GE11. 

Ia merupakan model pertama yang dihasilkan menggunakan jenama baharu Geely New Energy yang menggunakan bahasa rekaan baharu bagi menampakkan ia benar-benar sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya. 
 


Jenama Geely New Energy turut memaparkan logo baharu berwarna perak yang akan dipakaikan pada semua model pada masa akan datang. 

Pendedahan kali ini memfokuskan kepada bahagian dalaman, menampilkan rekaan papan pemuka yang minimalis dan berteknologi tinggi dalam masa yang sama. 
 


Pemandu akan disambut dengan skrin paparan kecil di balik stereng, skrin multimedia lebar bersaiz 12.3 inci di bahagian tengah, bantuan lampu nyalaan suram dan butang sentuh digital beriluminasi bagi menggantikan peranan butang mekanikal. 

Bahagian perehat tangan tengah juga turut tersimpan ruang storan yang menawarkan slot pengecasan nirwayar untuk peranti pintar. 
 


Menurut Geely, model elektrik GE11 ini menampilkan rekaan yang terarah kepada humanistik yang membuatkan para pengguna akan lebih jatuh cinta kepada produk yang ditawarkan ini.

Ini termasuklah penggunaan material yang mematuhi peraturan ketat alam sekitar EU, seperti penggunaan tempat duduk mesra alam daripada fabrik yang kalis air, anti kotor dan selamat digunakan walaupun bayi yang baru dilahirkan. 
 


Spesifikasi GE11 masih lagi dirahsiakan daripada pengetahuan umum buat masa ini sehinggalah pelancaran rasmi pada bulan hadapan. 

China akan menerima model ini terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan kepada pasaran global. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Singapura bakal menjadi destinasi pasaran pertama di luar China untuk sedan elektrik Geely GE11,…