Geely GE11 bakal jadi GrabCar Singapura?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Singapura bakal menjadi destinasi pasaran pertama di luar China untuk sedan elektrik Geely GE11, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CarBuyer.com.sg.

Pun begitu, ia dijangka tidak akan dipasarkan untuk golongan pembeli kebanyakan, sebaliknya ia bakal menjadi sebahagian daripada fleet syarikat seru-panggil di Singapura, Grab.

Antara kereta elektrik yang digunakan oleh Grab ketika ini ialah Hyundai Kona Electric dengan harga jualan di Singapura bermula dari SGD 139,999 sehingga SGD 162,999 (RM424 ribu - RM494 ribu).
 


Selain daripada Geely GE11 yang tidak diketahui harga jualannya, Singapura kini menawarkan barisan kenderaan elektrik seperti BMW i3 (RM527 ribu), Nissan Leaf (RM507 ribu), Renault Zoe Electric (RM373 ribu) dan Renault Kangoo Z.E. Electric (RM302 ribu). 

Geely GE11 dikatakan mempunyai motor elektrik berkuasa 133 PS, kelajuan maksimum 150 km/j dan mempunyai jarak operasi sekitar 410 - 500 km, bergantung kepada varian yang ditawarkan. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, program itu diperkenalkan apabila terdapat laporan yang menyatakan golongan…
Berita Domestik
Ini kerana Grab dalam satu kenyataan menjangkakan pengguna Grab sedia ada akan mengalami tempoh…
Berita Domestik
Itu cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana Grab didakwa menyalahgunakan kedudukan…