Gamer pemandu yang lebih baik - kajian

oleh Firdaus Razani|
Terdapat penyelidikan melaporkan bahawa pemain permainan video (gamer) cenderung untuk menjadi pemandu yang lebih baik daripada bukan pemain.

Perkara ini kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, dan berkemungkinan kurang mendapat mata penalti pada lesen mereka.

Bolehkah bermain permainan video memandu mempunyai sebarang kesan ke atas pemanduan kehidupan sebenar? Itulah soalan yang ditanya oleh Auto Trader, pakar British dalam penjualan kereta terpakai dalam talian.

Mereka menjalankan tinjauan terhadap 1,000 pemandu berumur 18 tahun ke atas yang menghabiskan lebih daripada empat jam seminggu bermain permainan video memandu.

Hasil tinjauan, Auto Trader melaporkan bahawa pemain permainan video perlumbaan cenderung menjadi pemandu yang lebih baik daripada bukan pemain.

Malah, 41 peratus pemain yang ditinjau merasakan mereka mempunyai kemahiran memandu yang sangat baik, berbanding hanya 13 peratus daripada bukan pemain.

Pemain juga lebih yakin pada diri sendiri di jalan raya, dengan 56 peratus mendakwa bahawa pengalaman permainan mereka telah memberi kesan positif pada pemanduan kehidupan sebenar mereka, terutamanya dengan meningkatkan masa reaksi dan kesedaran ruang mereka.

 

Baca laporan penuh di TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…