Gambar Intipan: Adakah ini Jazz generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jazz (Honda Fit untuk sesetengah pasaran) sudah berada di pasaran semenjak tahun 2014, dan sehingga kini, Honda telah mendatangkan beberapa kemas kini termasuklah memperkenalkan Honda Jazz versi hibrid bagi memastikan hatchback popular ini kekal malar segar untuk pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, beberapa gambar intipan yang disebarkan melalui laman web Carscoops ini membuktikan Honda sedang menguji generasi baharu Honda Jazz di Eropah yang memakai nombor pendaftaran Jerman. 
 

Berdasarkan pandang kali pertama terhadap kereta yang dibaluti pelekat samaran itu, Honda telah memberikan beberapa perubahan fizikal yang boleh dikesan seperti dimensi tingkap segitiga hadapan pada tiang A yang lebih besar, memanjang ke belakang, dan fizikal keseluruhan yang tampak lebih seimbang.

Honda Jazz/Fit bakal diperkenalkan kepada umum menjelang tahun 2020 dengan penawaran enjin petrol (gasolin) dan pilihan versi hibrid yang mana ia merupakan unit yang sama didapati pada Honda Insight baharu.

Terdapat desas desus mengatakan Honda bakal melancarkan Jazz versi elektrik sebagai varian paling premium di dalam barisan jualan Jazz.


Berdasarkan laporan daripada Nikkei pada awal tahun lalu, sebuah Honda Jazz EV bakal memberikan jarak pengoperasian sejauh 300 km dengan harga jualan dijangka mencecah $18,000 (RM75,000).

Negara China disebut sebagai destinasi pertama pengenalan Honda Jazz EV ini menjelang pertengahan tahun 2020.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…