Gambar intip: Adakah ini Yaris GRMN?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Yaris sudah pun selamat dilancarkan pada awal tahun yang lalu, dan kelahiran hot hatch dari Toyota itu ternyata mengundang rasa gelisah di hati para peminat yang memikirkan bila jentera tersebut akan mendarat di negara masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, nun jauh di benua Eropah, sebuah model prototaip misteri dilihat sedang sedap melayan selekoh Litar Nurburgring dengan beberapa perubahan yang lebih ketara berbanding model standard.

Antara perubahan tersebut termasuklah sayap belakang yang lebih besar, kehadiran komponen canard pada bumper hadapan, serta kehadiran liang ventilasi pada fender hadapan.

 


Pihak jurutera juga turut dilihat menggunakan set roda aloi yang berbeza di hadapan dan belakang, sementara peranti yang terpasang pada bahagian bumper belakang itu berkemungkinan besar alat yang digunakan untuk mengukur kadar ketegaran kenderaan ketika sedang meratah selekoh.

Jika anda lihat dengan lebih jelas, pihak jurutera juga mungkin mendatangkan sedikit penambahbaikan terhadap bahagian bawah badan untuk menguji aliran udara yang melalui bahagian tersebut.

 


Kesemua ini memberikan petunjuk Toyota bakal hadir dengan GR Yaris yang lebih serius (berkemungkinan besar Yaris GRMN), namun terdapat sumber yang menyatakan ia merupakan Yaris khusus untuk kegunaan sukan permotoran.

Toyota juga sebelum ini telah memberikan petanda mereka akan menghasilkan GR Yaris yang lebih ringan dan lebih serius, dan unit ujian yang digunakan ini nampaknya lebih bertepatan untuk diberikan nama Yaris GRMN (Gazoo Racing Meisters of Nurburgring).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berdasarkan laporan terbaharu daripada Car Sensor, laman web automotif Jepun itu mendakwa…
Berita Global
Sebagai informasi, GRMN merupakan hierarki yang teratas di dalam penawaran kereta berprestasi…