GR Yaris vs Yaris GRMN - yang mana paling power?

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum kehadiran GR Yaris, syarikat automotif Jepun Toyota pernah sekali hadir dengan sebuah hot hatch yang membawakan nama yang hampir sama, iaitu Yaris GRMN.
Modenas

Sebagai informasi, GRMN merupakan hierarki yang teratas di dalam penawaran kereta berprestasi tinggi, dan namanya sendiri membawa maksud Gazoo Racing Meister of Nurburgring.

Dilancarkan pada September 2017, Yaris GRMN hadir dengan enjin 1.8 liter dengan pengecas lampau menghasilkan 209 kuasa kuda @ 6,800 rpm dan 250 Nm @ 5,000 rpm.

Namun, tidak seperti GR Yaris yang merupakan unit homologasi perlumbaan rali, Yaris GRMN hanya hadir dalam versi pacuan roda hadapan sahaja, dan dengan sistem transmisi manual, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 6.3 saat.

Jadi, bagaimana prestasi dalam dunia sebenar jika Yaris GRMN berentap dengan GR Yaris?

 


Dalam satu video terbaharu, Carwow berjaya membawakan kedua-dua hot hatch daripada Toyota itu untuk ujian pecutan pada jarak suku batu serta pecutan 'rolling start'.

Keputusan akhir ujian antara kedua-dua jentera ini sememangnya boleh dijangka, memandangkan GR Yaris itu sendiri memiliki kelebihan yang tersendiri walaupun hanya dengan enjin tiga silinder dan sesaran yang lebih rendah.

Standard dari kilang, GR Yaris memiliki kuasa setinggi 257 hp dan 360 Nm, sistem pacuan semua roda GR-Four, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat sahaja!

 


Namun begitu, beberapa bulan yang lalu sebuah model prototaip misteri dilihat (gambar di atas) sedang sedap melayan selekoh Litar Nurburgring dengan beberapa perubahan yang lebih ketara berbanding model standard.

Antara perubahan tersebut termasuklah sayap belakang yang lebih besar, kehadiran komponen canard pada bumper hadapan, serta kehadiran liang ventilasi pada fender hadapan.

Pihak jurutera juga turut dilihat menggunakan set roda aloi yang berbeza di hadapan dan belakang, sementara peranti yang terpasang pada bahagian bumper belakang itu berkemungkinan besar alat yang digunakan untuk mengukur kadar ketegaran kenderaan ketika sedang meratah selekoh.

Adakah ini bermakna Toyota sedang membangunkan GR Yaris yang lebih serius, iaitu Yaris GRMN?

Sumber: Carwow

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda kini mempunyai satu lagi pilihan enjin yang lebih berkuasa dan lebih moden daripada…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang tertiris, hatchback pantas yang diberikan nama GR Corolla Sport - merujuk…
Berita Global
Namun, Toyota dilaporkan sedang membangunkan enjin pembakaran dalaman yang mampu untuk membakar…