Gambar intip: Adakah ini Honda Integra generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mengikut rapat perkembangan Honda era 80-an dan 90-an pasti tidak dapat melupakan model coupe dua pintu Honda Integra yang berakhir menerusi generasi keempat pada tahun 2006.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran model tersebut dihentikan akibat pasaran coupe dua pintu yang semakin mengecil, dan disebabkan itu juga Honda menghentikan penawaran model Honda Civic Si di Amerika Syarikat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DC7_Integra (@dc7_integra)


Namun, baru-baru ini dua keping imej misteri telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram dc7_integra di mana kelibat model ujian itu didakwa sebagai Honda Integra (Acura Integra) generasi baharu.

 


Kesahihan model tersebut tidak dapat dipastikan, namun dari kelibat model ujian itu ia menampilkan rekaan lampu utama yang nipis, diikuti garis bahu yang meninggi ke belakang sebelum diakhiri dengan lampu belakang dengan rekaan yang nipis.

Sistem ekzos pula menampilkan tip trapezoid yang diposisikan di bahagian tengah, posisi sama yang diperlihatkan menerusi model Civic Si sebelum ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DC7_Integra (@dc7_integra)


Menurut siasatan yang dilakukan oleh Motor1, nombor pendaftaran kereta tersebut memiliki persamaan dengan nombor dari Ohio dan California, lokasi di mana Honda sering dilihat membangunkan kenderaan baharu.

Adakah benar Honda (Acura) bakal menghidupkan kembali nama Integra pada masa akan datang?

 

lakaran artis, sumber: Behance

 

Berdasarkan prestasi jualan yang diperlihatkan oleh model Integra terdahulu (serta model Civic Si), tidak mungkin Honda kembali untuk menceburi segmen yang terlalu niche.

Apatah lagi dalam perjumpaan pengedar Acura yang dianjurkan pada tahun lalu, tiada sebarang informasi dipetik menyentuh soal kebangkitan semula model coupe ini.

 

lakaran artis, sumber: Behance


Sumber: Instagram, Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Melengkapi penawaran sedan Integra sedia ada, Integra Hatchback ini membawakan penggayaan yang…
Berita Global
Berdasarkan gambar rasmi yang dibekalkan, ia sebenarnya merupakan model HR-V 2023 spesifikasi…
Berita Global
Sejak daripada itu, tiada sebarang berita berkenaan Integra melainkan beberapa gambar rendering…