Honda bakal lancar SUV ZR-V di pasaran China, Eropah

oleh Mohamad Hanif|
pasaran utama, iaitu China dan Eropah yang membawakan nama baharu, iaitu Honda ZR-V.

Berdasarkan gambar rasmi yang dibekalkan, ia sebenarnya merupakan model HR-V 2023 spesifikasi pasaran Amerika Syarikat dengan penampilan dan juga platform yang berbeza berbanding HR-V yang ada di pasaran pada ketika ini.

Sementara untuk pasaran Eropah pula, Honda ZR-V ini akan diposisikan di antara model HR-V yang lebih kecil, dan model CR-V yang lebih besar.
 

Honda ZR-V


Jika dilihat dengan lebih jelas, terdapat perbezaan kecil antara ZR-V dan HR-V spesifikasi US, di mana unit lampu LED membawakan rekaan grafik yang berbeza, sementara liang kemasukan pada bampar pula dihiasi dengan plastik hitam berkilat dengan kemasan aksen krom, diikuti dengan rekaan rim yang baharu.

Selain itu, rekaan bumbung panorama juga lebih besar memandangkan model ZR-V kini didatangkan dengan dua panel kaca, diikuti dengan elemen krom pada bahagian bawah bampar belakang.
 

Honda


Honda tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi ZR-V, namun ia dijangka membawakan trenkuasa yang sama seperti Honda Civic dan Honda Integra, iaitu enjin 1.5 liter turbo (bukan hibrid) yang dipadankan dengan transmisi CVT, sementara di Eropah pula ia akan ditawarkan secara eksklusif dalam varian hibrid e:HEV sahaja.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama 50:50 yang terbentuk itu sebelum ini dilapor akan menjadi sebuah entiti tersendiri yang…
Berita Global
  Striemo Inc. adalah hasil program IGNITION dan sudah pun mempunyai sebuah produk yang menarik…
Berita Global
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Honda HR-V 2023 ini berkongsi platform dengan sedan segmen C…