Gambar bocor: Adakah ini unit audio Proton Saga facelift varian Standard?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semakin rancak pula berita berkenaan sedan paling mampu milik dari Proton, iaitu Proton Saga yang bakal menerima versi facelift tidak lama lagi. 

Kali ini, sebuah gambar terbocor pula dari laman Facebook Proton Saga VVT Community (Malaysia) yang memaparkan unit audio yang dipercayai dimiliki oleh Proton Saga facelift 2019.

Untuk menarik lebih perhatian, admin laman tersebut, Muhd Faris Farhad telah menaip kapsyen yang mendakwa ia adalah unit audio untuk Proton Saga varian Standard. 
 

sumber gambar: Funtasticko

Jika anda perasan, ia sebenarnya merupakan unit yang sama dilengkapkan pada Proton Persona facelift 2019 untuk varian Standard, namun untuk Saga ia diposisikan seakan terapung. 

Selalunya, varian Standard kerap kali dianaktirikan oleh Proton dengan kelengkapan yang agak ketinggalan zaman, namun anda boleh melihat sendiri kali ini perubahan yang Proton bawakan pada Iriz dan Persona 2019. 
 


Sebelum ini kami pernah menyiarkan kemaskini terhadap sedan marhaen tersebut, dan info terbaharu ini membuatkan kami tidak sabar untuk menantikan hasil akhir model facelift Saga ini. 

Dengan harga yang diramalkan akan turun sedikit, adakah ia bakal menjadi sebuah model game-changer untuk segmen sedan mampu milik di Malaysia? 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, ini merupakan versi yang lebih jelas dan lebih…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…
Berita Global
Generasi baharu hatchback segmen B Honda Jazz kini sedang giat diuji dan nampaknya anda tidak perlu…