Gagal patuhi SOP - Polis Johor keluarkan 409 kompaun bernilai RM1.3 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Johor telah mengeluarkan 409 kompaun dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sejak Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga Khamis, 398 individu serta 11 buah kilang dan syarikat telah dikenakan kompaun.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

“Antara kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera, gagal menjaga penjarakan, penumpang berlebihan dalam kenderaan dan tidak mengimbas suhu badan ketika masuk premis.

 

"Walaupun kompaun tinggi dikenakan, jumlahnya boleh dikurangkan bergantung kepada kategori kesalahan dan tempoh bayaran dibuat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

 

Jelas Ayob, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, sebanyak 470 pasukan pemantauan pematuhan SOP telah ditubuhkan dan diatur gerak secara aktif dengan kekuatan seramai 1,598 pegawai dan anggota.

 

Selain itu, premis meliputi pasar raya, restoran, pusat komersial, pusat perindustrian, rumah ibadat, pusat sukan dan rekreasi, terminal pengangkutan, pusat pendidikan, premis penjaja dan sebagainya turut diperiksa bagi memastikan tahap kepatuhan SOP mengikut garis panduan yang ditetapkan.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut…
Berita Domestik
"JSPT menyambut saranan kerajaan bagi menggunakan konsep pembayaran tanpa tunai untuk masyarakat…
Informasi
"Kita tidak akan melakukan penutupan jalan sama ada malam ini atau esok kerana akan menyusahkan…